Impian personaliti media sosial, Alieff Irfan untuk memandu kereta sport McLaren 720S akhirnya tercapai apabila berjaya memiliki kenderaan tersebut.
Sambil melahirkan rasa syukur atas kurniaan itu, Alieff atau nama sebenarnya Muhd Aliff Irfan Aziki, 25, menganggap ia satu kejayaan buat dirinya selepas bekerja keras selama ini.
Alieff berkata, pembelian kereta mewah itu sepatutnya dilakukan sebelum Hari Raya Aidilfitri, namun mengalami kelewatan atas beberapa faktor.
“Syukur dan Alhamdulillah, apa yang saya impikan selama ini tercapai. Mula-mula saya nak pakai hari raya lepas, tapi masa raya haji. Kereta ini juga menjadi sumber inspirasi saya yang sebelum ini tiada apa-apa.
“Ini juga sebahagian daripada kerja keras selama lima tahun ini,” katanya kepada mStar.

Menerusi carian di laman web jualan kereta wapcar, harga kenderaan itu dianggarkan bernilai lebih RM2 juta.
Dalam pada itu, Aliff turut berkongsi perkembangan terkini isterinya, Nurul Nabilah atau mesra disapa Bella yang kini sedang hamil anak kembar.
“Alhamdulillah, isteri saya kini hamil tujuh bulan dan insyaAllah sekitar September depan kami akan melahirkan anak sulung. Doakan yang terbaik dan dipermudahkan segala urusan.
“Buat masa ini kami tidak membuat banyak persiapan, tetapi insyaAllah semuanya akan diselesaikan sebelum Hari Raya Aidiladha nanti,” jelasnya yang masih merahsiakan jantina kanak-kanak itu.
Komen @ Facebook