Suri rumah menagis tengok duit simpanan kena kenduri dengan anai-anai. Terjawab sudah macam mana nak handle kes duit rosak ni. Senang rupanya …

Dahulu kala orang menyorokkan wang ringgit ditempat-tempat yang sukar dijumpai, seperti contoh dibawah tilam, dibawah tikar, di dalam bekas beras, ditanam dan pelbagai taktik lagi. Ini kerana zaman dahulu akses perbankan amat limited dan sukar diperolehi. Tambahan pula untuk memiliki sebuah peti besi keselamatan amatlah mahal.

Kita juga sering terdengar kes yang mana wang kertas yang disorokkan itu rosak segaligus menyebabkan kerugian kepada pemiliknya. Ada kes kebakaran yang mana tuan rumah tidak sempat menyelamatkan wang sorok mereka, ikut terbakar bersama harta benda yang lain.

Kes wang dimakan anai-anai juga tidak asingbagi kita, dan perkara ini berlaku kepada Umi Amrina (Tiktok @rasyada91) dimana sejumlah wang kertas RM 100 dan RM 50 beliau rosak dimakan anai-anai. Menurut beliau duit-duit tersebut disimpan didalam dompet. Bertabahlah puan.

kapsyen beliau “terlampau menyimpan..last2 kena makan anai2”

Video beliau yang dimuat naik ke TikTok mendapat lebih 19 ribu like, lebih 900 komen dan lebih 1700 perkongsian.

Untuk makluman semua, wang kertas yang rosak boleh ditukar dimana-mana cawangan Bank Negara. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk laman sesawang Bank Negara – https://www.bnm.gov.my/proper-handling-of-banknotes

Antara komen netizen yang diterima.

Komen @ Facebook

Related Posts