Lesen memandu adalah perkara paling penting untuk dimiliki kerana dengan adanya dokumen ini, kita bebas memandu ke mana-mana sahaja.
Malah, jika melancong ke luar negara, terdapat beberapa negara yang mendapat lesen memandu dari Malaysia tanpa perlu memiliki lesen memandu Antarabangsa.
Namun, kadar bayaran lesen memandu kini nampaknya semakin meningkat jika hendak dibandingkan dengan masa lalu. Nampaknya ketika penulis mengambil lesen kereta manual (D), harganya hanya sekitar RM600 lebih, tetapi tidak lagi.

Terdapat beberapa peraturan lesen memandu baharu diperkenalkan. Antaranya, setiap institut memandu perlu menyenaraikan harga lesen memandu terkini termasuk kereta dan motosikal.
Di Malaysia, individu seawal usia 16 tahun layak mengambil lesen memandu motosikal B2 dan superbike BFull 500cc, manakala lesen memandu kereta hanya boleh diambil apabila mereka berumur 17 tahun.
Untuk lesen E (bas/trak), anda perlu menunggu sehingga umur 21 tahun dahulu.
Jom kita semak senarai harga lesen memandu mengikut kategori:
- Motosikal B2 (untuk motor B2 tidak lebih 250 cc) – RM350 hingga RM450
- Motor B FULL (lebih 500 cc) – RM900 hingga RM1100
- Harga lesen memandu kereta manual D – RM1150 hingga RM1300
- Harga lesen memandu kereta transmisi auto automatik DA – RM1250 hingga RM1500
Namun, harga lesen memandu ini juga bergantung kepada sekolah memandu dan negeri juga.

Jadi, jika anda ingin mendapatkan lesen memandu, sila semak di sekolah memandu pilihan anda
Komen @ Facebook