Reman Seminggu – Isteri dan Anak Terkorban, Seorang Lelaki Di Tahan

Lelaki yang disyaki membunuh isteri dan bayi berusia tiga bulan di sebuah rumah di Kampung Bakar Batu di sini direman tujuh hari bermula hari ini.

Tempoh reman sehingga 11 Julai ini bagi pencuci kapal berusia 24 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Nur Izzaty Muhammad Zahari di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Perintah reman terhadap lelaki itu dikeluarkan bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam, polis menahan lelaki itu di kawasan Permas Jaya di sini, beberapa jam selepas mayat dua beranak itu ditemui di hadapan rumah mereka di Kampung Bakar Batu.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat dilaporkan berkata lelaki itu ditahan ketika menunggang motosikal dalam keadaan bogel pada 2.45 petang, dan polis turut merampas pisau pemotong daging daripada lelaki itu.

Komen @ Facebook

Related Posts