Ketagihan ialah disfungsi kronik sistem otak yang ada kaitan dengan ganjaran, motivasi, dan ingatan. Dengan kata lain ianya adalah cara badan anda mengidamkan bahan atau tingkah laku, terutamanya jika ia menyebabkan badan mengejar “ganjaran” secara kompulsif atau obsesif tanpa menghiraukan kesan buruk.

Ketagihan bermain permainan video juga adalah salah satu gejala ketagihan yang serius sekarang. Lazimnya berlaku di kalangan remaja dan orang dewasa. Permainan video sekarang akan menghubungkan pemain-pemain serata dunia, menjadikan dunia maya itu seolah-olah wujud. Bermain dan berkomunikasi menjadikan satu-satu permainan video itu lebih menarik.
Merujuk kejadian yang tidak dapat dikenal pasti lokasinya ini, seorang bapa memujuk anaknya di cyber cafe untuk pulang. Memberi beberapa mixed reaction dari netizen. Majoriti bersetuju dengan tindakan bapa tersebut, ada segelintir yang tidak setuju.
Video menunjukkan anak muda yang buat-buat tak tahu apabila dimarahi bapa nya, walaupun ditampar berkali-kali dan dipukul menggunakan selipar. Remaja tersebut kelihatan tenang dan terus bermain permainan videonya. Memburukkan keadaan lagi remaja tersebut memakan mee segera tanpa menghiraukan bapanya seolah-olah bapanya tidak wujud di situ.
Video yang berdurasi 4 minit 17 saat ini memaparkan tahap kesabaran seorang bapa melayan kerenah ketagihan anaknya bermain permainan video di premis cyber cafe. Sabar itu ada hadnya.
Pekerja cyber cafe tersebut terpaksa campur tangan apabila keadaan menjadi semakin teruk, mungkin risau kekacauan ini akan merosakkan peralatan dipremisnya. Penjaga cyber cafe itu membantu bapa menghalau anaknya dari premis jagaannya.
komen-komen netizen berkenaan insiden ini.







Komen @ Facebook