Rekabentuk Nissan Skyline GT-R36 baharu bocor, ramai tak sabar nak memilikinya. Pengguna di Eropah kecewa kerana …

Reputasi jentera Nissan GT-R sudah diiktiraf lebih 50 tahun lamanya, ianya menjadi kegilaan ramai petrol heads. GT-R adalah kereta keluaran Nissan berprestasi tinggi dan mempunyai rekabentuk yang garang dan evergreen.

Pada tahun 1999, ex-CEO Nissan Carlos Ghosn telah mengerahkan jurutera Nissan untuk menghidupkan kembali versi GT-R. Beliau menjadikan Porsche 997 Turbo sebagai pesaing dan penanda aras bagi Nissan GT-R versi baharu.

Hasilnya, Nissan GT-R R35 diperkenalkan kepada dunia pada tahun 2001 di Tokyo Motor Show, dan ketika itu ianya hanyalah sebuah kereta konsep.

Kemudian Nissan GT-R R35 diumumkan di Tokyo Motor Show sekali lagi pada tahun 2003, memaklumkan kepada dunia yang mana pengeluaran pertama Nissan GT-R R35 adalah pada tahun 2007 nanti. Hal ini mengembirakan ramai pihak kerana variasi GT-R ini memang dinanti-nantikan keluarannya.

Sekarang variasi R35 mendominasi jalanan dan litar perlumbaan dengan enjin berkuasa kuda tinggi yang senang dimodifikasi dan mendapat sokongan ramai pengeluar after-market parts, menjadikan ia kereta idaman ramai.

Nissan GT-R R36 2023?

Ini adalah kereta konsep generasi terbaru Nissan GT-R R36 bagi tahun 2023, apapun jika Nissan bercadang merealisasikan rekabentuk baru ini sudah pasti ramai yang rela melakukan apa sahaja untuk memilikinya.

Rata-rata memuji reka bentuk terbaru R36 concept ini dan tak sabar menanti kemunculannya R36 yang sebenar. Yang pasti variasi ini tidak akan muncul di Eropah kerana tidak mematuhi emmision standards yang ditetapkan di sana. Kesian.

Komen @ Facebook

Related Posts