Hari ini laman posting Twitter tular dengan pendedahan seorang ‘cikgu’ yang sering muat naik konten berbaur seksual dan pedophilic, sebenarnya hanyalah sorang pembantu makmal.

Perbuatan ini boleh mendatangkan fitnah kepada profesi perguruan dan tidak baik untuk tontonan masyarakat ramai. Sekilas pandang konten-konten beliau yang double meaning ini mungkin tidak dilihat sebagai tiada apa-apa, namun ramai yang tak selesa dengan konten beliau kerana berbaur seksual.
Beliau menjadikan platfom tiktok beliau untuk mempromosikan jamu kurus, teknik marketing murahan yang berunsur seksual seperti ini ternyata berkesan, terbukti apabila beliau sendiri mempunyai hampir 600 ribu follower di Tiktok. Sex do sell.
Profesi cikgu adalah profesi yang mendapat kepercayaan dan berintegriti tinggi di mata masyarakat setaraf seorang doktor, oleh sebab itu title cikgu ini selalu disalahgunakan untuk tujuan kepentigan diri. Contohnya dalam MLM, cikgu adalah orang yang paling senang dapat downline. Kenapa? Paling dipercayai.
Pernah viral sebelum ini.

Beliau pernah viral sebelum ini kerana pasangan hidup beliau adalah adik ipar kakaknya sendiri, beliau berkahwin pada usia 23 tahun dan pasangan beliau berumur 40 tahun ketika itu.
Rata-rata netizen bengang dengan video-video beliau, tapi diruangan komen ramai juga yang terus komen tanpa buat siasatan terlebih dahulu. Nampak sangat hanya baca tajuk sahaja, terus marah cikgu. Pelaku yang sebenarnya bukan cikgu tetapi pembantu makmal.






Komen @ Facebook