Pekerja Restoran Perempuan Dipeluk Lelaki ‘Hidung Belang’

Adegan dua lelaki itu memeluk pelayan ketika mereka bergambar mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.

Dalam klip video yang dikongsi di laman Twitter Anep, dua pelanggan lelaki dengan beraninya merangkul pinggang dan bahu wanita itu sambil mengambil gambar.

Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah restoran milik wanita itu dipercayai di Setiu, Terengganu.

Sejak itu, masyarakat umum terkejut dengan perkara yang dianggap memalukan dan tidak bermoral.

“Diharap pihak berkuasa akan memantau dan membanteras mereka yang terlibat dalam gejala tidak beretika ini,” kata seorang pengguna.

“Pihak berkuasa mesti bertindak sekarang. Nama Terengganu rosak,” gurau Shuhada.

Komen @ Facebook

Related Posts