Video yang dikongsi di Twitter ini memaparkan seekot ular (King Cobra) sedang menyorok di bonet sebuah kereta perodua viva. Seorang lelaki tua dipercayai penduduk setempat membantu pemilik kereta berkenaan menghalau ular tersebut dari dalam kereta beliau.

Namun aksi selepas ular tersebut berjaya dikeluarkan amat mengejutkan. Pakcik tersebut bermain-main dengan ular terbabit dan mengangkat ular tersebut beberapa kali.
Aksi ini seakan-akan seorang professional membuatkan ramai tidak keruan kerana ular terbabit ada cuba mematuk pakcik tersebut tapi gagal, ada juga segelintir yang tergelak dengan aksi tersebut kerana kelihatan kelakar.
Apa pun jika anda seorang yang tidak berpengalaman dalam menangani haiwan berbisa, minta bantuan dengan menghubungi 999 dengan kadar segera untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Komen netizen tentang video ini.


Komen @ Facebook