Kes tembak di Perak, Kes masih dalam siasatan PDRM. Syukur Malaysia masih selamat.

Kes jenayah meningkat sejak akhir ini, pelbagai kes berlaku dan ini menimbulkan kegusaran orang ramai.

Terbaru, kes tembak dari luar pagar rumah. Lokasi Taman Mas, Kampung Koh, Perak. Rakaman CCTV menunjukkan pelaku menaiki sebuah motosikal jenis Y15 berhenti di hadapan pagar sebuah rumah.

Kelihatan pembonceng turun dan meluru ke pagar dan melepaskan tembakan dari pagar kearah rumah mangsa. Dari rakaman CCTV tersebut menunjukkan pistol milik penjenayah terbabit tersekat selepas melepaskan 1~2 das tembakan, jumlah keseluruhan tembakan masih belum disahkan.

Kes masih dalam siasatan PDRM, kenyataan rasmi masih belum dikeluarkan.

Kenyataan media PDRM.

Komen @ Facebook

Related Posts