Jangan terlalu gembira jika NewBorn tidur lebih dari 2 jam, Doktor Pediatrik ini beritahu kenapa …

Tidak dinafikan bayi yang baru dilahirkan akan akan tidur lebih lama sepanjang hari. Kebiasaannya bayi akan jaga sekiranya mereka lapar, perut tidak selesa dan ingin membuang air besar/kecil.

Tapi ibu bapa jangan rasa terlalu gembira jika anak baru mereka tidur terlalu lama, ini kerana bayi mereka boleh terdedah kepada risiko Hypoglycaemic (kandungan gula rendah dalam darah). Bayi baru sepatutnya diberi susu setiap 30 minit ~ 1 jam.

Jika ibu masih tidak dapat mengeluarkan susu badan secukupnya, bayi boleh diberi minum susu formula sebagai sokongan bagi diet bayi.

Beri minum susu formula bulanlah satu dosa, dan jangan rasa down jika ibu tidak dapat memberi susu badan sendiri di awal kelahiran bayi. Bayi perlukan nutrisi yang cukup di awal kelahiran, dan memberi susu yang kerap juga boleh mengurangkan risiko atau mencegah kuning (jaundice) yang biasa terjadi pada bayi yang baru dilahirkan.

Banayak pengalaman yang netizen lalui dikongsi di ruangan komen.

Komen @ Facebook

Related Posts