Ini kerja GILA!! Amalan LAMBUNG BAYI dalam Masjid. Ajaran sesat mana pulak ni?

Ini kerja gila!! Insiden lelaki lambung bayi dalam upacara dalam masjid yang tidak diketahui tujuan menjadi tanda tanya netizen dan membangkitkan kemarahan ramai.

Tindakan melambungkan bayi boleh mengakibatkan pendarahan subdural, keretakan tulang dada dan pendarahan dalam mata, boleh dikategorikan sebagai penderaan fizikal.

Shaken Baby Syndrome – adalah satu penderaan kepada bayi apabila penjaga mengoncang bayi secara merbahaya. Ia boleh mengakibatkan bengkak, lebam dan pendarahan di dalam otak bayi dan akan mengakibatkan kerosakan otak kekal. Padahnya sepanjang hayat dan boleh juga membawa kematian.

Video dirakam dalam majlis yang dibuat di dalam satu masjid yang tidak diketahui tujuannya kerana tiada amalan dalam Islam yang mengajar umatnya melambung-lambung bayi secara membabi-buta sebegini. Kelakuan sebegini amatlah tidak bertanggungjawab dan boleh mengundang kecelekaan kepada bayi yang lemah tersebut.

Kecaman hebat diberi oleh netizen berhubung insiden ini. Lokasi kejadian masih belum dapat disahkan, besar kemungkinan di Indonesia.

Komen @ Facebook

Related Posts