Ikan Keli Viral, Lelaki ini kongsi cara kreatif bela ikan keli di rumah. Sangup atau tak sanggup je …

Ikan keli memang ada peminat sendiri, kerana ianya besar dan murah. Cara yang biasa untuk memasak ikan keli adalah dengan mengoreng rangup, masak berlada atau masak lemak salai. Ikan keli senang didapati kerana ianya diternak secara komersial secara meluas.

Ikan keli komersial dibela di dalam kolam kanvas atau simen dan diet harian adalah dedak. Ikan keli walaupun bukan sejenis ikan yang sensatif, akan terbantut pembesarannya jika tidak dijaga seperti yang sepatutnya. Sebab itu kadang-kadang kita ada jumpa ikan keli yang kepala besar tapi badan kecil.

Terdapat 9 jenis ikan keli yang wujud di Malaysia iaitu Ikan Keli Kayu (Clarias batrachus), Ikan Keli Bunga (Clarias macrosephalus), Ikan Keli Eksotika (Clarias gariepinus), Ikan Keli Limbat (Clarias neuhorfii), Ikan Keli Mata Kati (Clarias spp.), Ikan Keli Rusia (Clarias spp.), Ikan Keli Afrika (Clarias spp.) dan Ikan Keli Jeram (Clarias foratum) dan Ikan Keli Hutan (Clarius spp.). Spesis yang banyak diternak untuk tujuan komersil adalah jenis Keli Eksotika dan Keli Afrika.

Video tular kali ini menunjukkan seorang pemuda di Indonesia mendedahkan cara beliau ternak ikan keli di rumah. Ikan keli beliau matang selepas 2 bulan dan boleh dipancing dan terus dimasak.

Amaran bagi pengemar ikan keli, anda mungkin tak boleh terima cara bela ikan keli sebegini.

Ada diantara netizen yang kagum method lelaki ini, tapi ada juga yang rasa kelakar. Ramai yang rasa geli.

Komen @ Facebook

Related Posts