Hanya di Malaysia. Percuma! Air kopi, teh dan nescafe terus dari paip.

Kopi percuma, lokasi rahsia. Kapsyen yang dimuat naik bersama sekeping gambar di laman HimpunanCeritaLawak memberikan seribu satu reaksi dari netizen di ruangan komen. Rata-rata menyatakan rasa tidak puas hati mereka.

Di antara negeri yang kerap disebut dan sinonim dengan masalah air sebegini adalah Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang. Walaubagaimanapun tidak dapat disahkan ganguan bekalan air bersih ini masih berterusan hingga kini atau tidak.

Kenapa masalah begini berlaku dan dimanakah puncanya?

Kebiasanya kualiti air akan menurun bila berlakunya maintainance yang dibuat oleh syarikat pembekal air kawasan tersebut atau ada ganguan bekalan air. Mendapan karat atau kotoran akan tersalur pada pengguna apabila tangki bekalan utama kering, paip saluran yang lama berkarat, kemungkinan juga punca air itu sendiri tercemar seperti mana yang berlaku di Selangor baru-baru ini.

Rakyat Kelantan di kawasan tertentu pula kerap kali diberi alasan paip saluran air berkarat dan usang, budget tak ada, pengurusan sedang menunggu peruntukan dari kerajaan pusat dan macam-macam alasan lagi, memaksa mereka mencari alternatif bekalan air bersih. Kaedah ‘boring’ kerap kali diguna pakai tetapi tidak semua kawasan menjanjikan kualiti air bawah tanah yang bersih dan jernih. Kes sebegini sudah berlanjutan bertahun lama-nya dan keluhan-keluhan sentiasa didengar bila isu ini dibangkitkan.

Posting tersebut mendapat lebih dari 2.7k like, 600 komen dan 100 perkongsian menunjukkan betapa terkesannya rakyat bila bekalan air bersih tidak dapat dinikmati.

Antara komen netizen yang dipetik.

Komen @ Facebook

Related Posts