Seorang pemilik akaun twitter melalui media sosial hari ini menyuarakan rasa terkilannya terhadap garis panduan kod pemakaian terkini Universiti Kebangsaan Malaysia untuk Majlis Konvokesyennya yang ke-50 bulan depan.

Satu poster yang mengandungi lambang universiti telah tersebar di platform media sosial, menunjukkan pakaian yang boleh dipakai dan tidak boleh dipakai graduan dan tetamu yang akan menghadiri majlis konvokesyen di universiti terbabit.
Saree dan Cheongsam, yang merupakan pakaian tradisional untuk wanita etnik Cina dan India, disenaraikan dalam kategori tidak dibenarkan pakai, begitu juga dengan blaus lengan pendek dan kombinasi skirt paras lutut.

“UKM is this true? Why are you, a university, practising supremacist policies? Please STOP,” kata seorang pengguna Twitter @annejames44 yang menunjukkan tangkapan layar poster itu.
Untuk mengelakkan sebarang permasalahan, halaman kod pakaian di laman web rasmi UKM kelihatan sedang dikemas kini petang tadi.
Tiada ulasan dari pihak universiti buat masa sekarang.
Isu ini menimbulkan rasa tidak puas hati netizen terhadap pemilik akaun tersebut.







Komen @ Facebook