Dealer kereta second-hand mengeluh jualan kereta teruk. Inilah alasan diberikan kebanyakan pembeli kereta baru. Tokey kedai kereta sila take note.

Rata-rata masyarakat lebih cenderung kearah untuk membeli kereta baharu berbanding kereta second-hand atau terpakai disebabkan pelbagai faktor, antaranya jaminan kualiti dan kos penyelenggaraan lebih terkawal, selain harga yang dikira tidak jauh berbeza.

Muhammad Emir Badrul Hisham, 31, pekerja swasta dari Segambut, Kuala Lumpur, berkata harga kereta baharu ketika ini terutama kereta tempatan dilihat tidak jauh bezanya dengan harga kereta terpakai.

“Lagipun, jika kita beli kereta baharu, kita hanya perlu bayar komitment bulanan pinjaman sahaja akan tetapi kalau kereta itu kereta terpakai, mungkin kita terpaksa masukkan sekali harga untuk selenggara yang diluar jangkaan kerana jangka hayat barangan kereta sudah hampir luput” jelasnya yang merancang untuk membeli kereta kedua pada tahun depan.

Muhamad Safar Mansor, 37 jurutera dari Butterworth, Pulau Pinang, berpendapat aspek keselamatan kereta baharu lebih reliable berbanding kereta terpakai yang besar kemungkinan berdepan masalah seperti kenderaan kemalangan dan kerosakan banjir.

“Kereta baharu didatangkan dengan auto maker warranty antara tiga hingga lima tahun tetapi kalau kereta terpakai, sudah tentu kita sendiri yang perlu keluarkan duit tambahan jika ada sebarang kerosakan” kata beliau.

Najwa M Hesimuddin, 28, guru dari Ipoh, Perak pula mengakui lebih cenderung untuk memilih kereta baharu kerana mahu mengelak risiko penyelenggaraan tambahan yang berpotensi menambahkan beban perbelanjaan kenderaan dan pembaziran masa jika berlaku kerosakan.

“Kereta terpakai memang murah akan tetapi saya fikirkan bayaran komitmen tambahan untuk risiko kerosakan yang mungkin berlaku tidak setimpal dengan masa yang saya perlu habiskan untuk jagaan kereta usang.

“Saya tidak mahu ada apa-apa risiko, misalnya kereta tiba-tiba rosak di tempat dan masa yang tidak sesuai. Jadi, lebih baik kita beli kereta baharu untuk mendapat ketenangan jiwa ketika menggunakannya.

Komen @ Facebook

Related Posts