Buat malu bangsa Joho je. Buang ‘saka’ satu lori ke dalam sungai, macam dah selalu buat sebab tak ada rasa bersalah pun.

Sikap tidak betanggung-jawab sesetengah individu membuang sampah merata-rata amatlah dibenci masyarakat. Kebersihan adalah cerminan sifat individu, keluarga, dan sesebuah masyarakat.

Kali ini sikap tidak bertanggung-jawab individu ini menarik perhatian kami apabila dia dengan bersahaja membuang sampah ke dalam sungai. Jumlah sampah yang dibuang tersebut agak banyak sehingga mencacatkan permukaan sungai kerana terapung.

Kesan buruk dari sampah-sampah sebegini adalah boleh menggangu eko-sistem sungai, menyebabkan pencemaran dan boleh mengakibatkan banjir kerana saliran-saliran boleh tersumbat.

Lebih teruk lagi sisa-sisa sebegini boleh hanyut kelautan dan mengganggu eko-sistem dilaut pula.

Perkongsian twitter matyie (https://twitter.com/akukopi22).

Kenderaan perdagangan yang berdaftar JEL 5338 ini membuang sampah secara keterlaluan, kemungkinan area Pontian.

Komen Netizen

Update :

Pelaku sudah ditahan PDRM untuk tindakan lanjut.

Komen @ Facebook

Related Posts